REFLEKSI TUGASAN INTEGRASI ICT DALAM PENDIDIKAN- SMART SCHOOL

  Disediakan oleh: Kamilah Mohammad Noor

Kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan suatu medium untuk mengintegrasi ICT ke dalam pendidikan. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah- sekolah ini bukanlah untuk pelajar paling bijak tetapi ianya adalah suatu cara yang bijak untuk memastikan bahawa setiap pelajar tidak kira yang kuat atau lemah, kaya atau miskin untuk menzahirkan potensi sepenuhnya dengan cara yang terbaik dan bersesuaian dengan kadar dan gaya pembelajran. Oleh itu, menyedari akan keperluan kurikulum, bahawa pelajar mempunyai keperluan pembelajaran yang berbeza, suatu inisiatif diwujudkan. Teknologi komputer merupakan suatu saluran yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan khasnya untuk melaksanakan Smart School. Ini juga akan mengurangkan jurang peluang antara pelajar mewah yang mampu menyediakan teknologi canggih di rumah masing-masing dan kurang mewah dalam masyarakat. 

Blueprint adalah satu garis dan garis panduan sistem baru. Penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia adalah berpandukan konsep pelan tindakan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang digariskan di dalam konsep Rangka Tindakan Blueprint Sekolah Bestari menyatakan bahawa Sekolah Bestari adalah sebuah institusi pembelajaran yang mengandungi beberapa komponen penting dalam aspek pembelajaran, pentadbiran, pengurusa, sekolah, masyarakat, kemahiran dan tanggungjawab terhadap aspek tertentu. Seperti yang telah dinyatakan dalam rangka tindakan, salah satu pendukung utama dalam program ini adalah pelajar-pelajar yang seharusnya bersedia sebagai pelajar aktif. 

Sekolah Bestari akan berjaya menyediakan pelajar yang akan melalui suatu peralihan daripada persekitaran pelalajaran yang tradisional kepada persekitaran yang lebih moden dan global. Sekolah bestari akan memupuk kemahiran dalam penyelesaian masalah secara kreatif menggunakan kemahiran dan nilai sedia ada dalam menghadapi situasi genting. Pelajar juga akan mempelajari kemahiran membuat keputusan dengan berani dan tepat sebagai salah satu kemahiran yang amat berguna untuk diri sendiri dan tanggungjawab diri. Selain itu, pelajar akan mempelajari bagaimana untuk memproses dan memanipulasi maklumat kerana mereka dilatih untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi menggambarkan apa yang mereka pelajari, serta kemahiran memindah dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh daripada satu disiplin ke disiplin ilmu yang lain dalam kehidupan harian. Kemahiran-kemahiran yang diterapkan oleh rangka Sekolah Bestari sesungguhnya mampu menerapkan nilai positif terhadap pelajar dan masyarakat sekeliling.

Pelan tindakan sekolah Bestari ini juga menekankan peranan pendukung-pendukung lain yang terlibat dalam menjayakan perancangan yang dijalankan. Peranan guru sebagai pemudah cara dalam sesuatu pembelajaran adalah amat penting. Tanpa bantuan guru, pelan ini tidak akan terlaksana. Dalam konsep ini, para pelajar ditanam dengan nilai bebas. Guru berperanan sebagai fasilitaor yang berperanan memberikan sokongan psikologi dan galakan kepada para pelajar dalam pembeljaran. Dengan cara itu, pelajar akan kurang bergantung kepada guru. Pendek kata, dalam konteks Sekolah Bestari, guru-guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana yang akan menggalakkan pembelajaran kendiri yang kreatif dan bebas. Selain itu, pengurusan dan pentadbiran Sekolah Bestari akan beroperasi berasaskan teknologi. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan, menghapus pertindihan dan lebih radikal serta meningkatkan akses kepada semua pihak yang terlibat. Dengan pengurusan sekolah berkomputer dan atas talian (on-line), Pengetua akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. Ia mampu member kesan positif terhadap pihak lain yang terlibat secara tidak langsung contohnya ibu bapa. Mereka akan lebih mudah untuk berurusan dan mengakses tentang sesuatu perkara.

Daripada penilaian dan tinjaun saya, didapati Sekolah Bestari dilengkapi dengan alatan bantu mengajar yang lengkap dengan kemudahan ict. Tenaga pengajarnya juga dilatih dan terlatih di dalam bidang masing-masing di samping mempunyai kemahiran ICT yang baik. Suasana sekolah tersebut juga menarik dan harmoni. Kos pengendalian sekolah tersebut boleh mencecah ribuan berbanding sekolah biasa, namun ia berbaloi jika perlaksanaannya berjalan lancar. Pelajar-pelajar tersebut amat beruntung kerana telah terdedah dengan dunia ciber sejak awal lagi.

Total Pageviews

KamilahMNR. Powered by Blogger.