REFLEKSI PENGGUNAAN APLIKASI LECTURE MAKER

Disediakan oleh: Kamilah Mohammad Noor

Era baru kini, penyampaian bahan atau pemindahan pengetahuan kepada pelajar memerlukan pendekatan yang lebih efektif dan menarik minat untuk terus belajar. Penggunaa perisian yang sesuai juga penting bagi mencapai matlamat pengjaran dan pembelajaran. Selaras dengan integrasi ICT di dalam pendidikan, guru seharusnya lebih peka dengan penggunaan teknologi dan kepentingannya. Penggunaan sofware merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat dan pengajaran kepada pengajar. Sebagai seorang guru yang peka saya sentiasa memikirkan yang terbaik untuk pelajar dengan mempelbagaikan gaya pembeljaran seperti yang disarankan. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang boleh digunakan untuk menyalurkan mesej (bahan pembelajaran), sehingga dapat merangsang perhatian, minat, fikiran dan perasaan pebelajar dalam kegiatan pembelajaran untuk mencapai matlamat pelajaran tertentu.

Aplikasi Lecture Maker merupakan satu jenis media pengajaran yang digunakan  untuk menyediakan bahan perbentangan atau penyampaian yang lebih berkesan. Aplikasi ini adalah mirip dengan aplikasi Power Point tetapi mempunyai lebih banyak kelebihan dari segi aplikasi yang boleh digunakan. Aplikasi Lecture Maker ini menyediakan fasiliti dalam membuat perbentangan supaya lebih ringkas dan mudah. Salah satu kelebihan yang utama aplikasi ini ialah ia mampu dijadikan sebagai bentuk aplikasi untuk cd interaktif, menyediakan fasiliti soalan seperti multiple choice dan essay ringkas. Aplikasi ini adalah amat interaktif dan berguna sebagai salah satu media pengajaran dan pembelajaran demi mencapai matlamat kerajaan dalam memastikan perlaksanaan integrasi ICT dalam pendidikan di sekolah.

Cabaran sebagai seorang guru adalah bagaimana memanfaatkan kemudahan yang telah tersedia seperti kemudahan Projektor dan Rangkaian Hotspot serta alatan lain, guru harus membangunkan dan mengedar bahan pembelajaran (Media Pembelajaran) dengan lebih interaktif dan persuasif. Sesetengah aplikasi atau software pendidikan yang boleh membantu guru dalam mengembangkan media pembelajaran. Dalam hal ini saya dapati aplikasi Lecture Maker mampu membantu guru dalam penyediaan bahan pembelajaran yang interaktif.

Lecture maker merupakan suatu perisian yang menjadi lebih menarik dan mudah jika dibandingkan dengan menggunakan power point. Tetapi, slide yang hendak dimasukkan ke dalam perisian ini perlulah dalam bentuk gambar. Itu tidak menjadi masalah kerana slide yang dihasilkan daripada power point boleh ditukarkan kepada format gambar dan dimasukkan ke dalam perisian ini. Saya suka perisian ini kerana perisian ini banyak membantu terutamanya dalam proses penyampaian maklumat. Ini boleh diaplikasikan ketika mengajar di sekolah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan menarik. Satu kelemahan perisian ini ialah, ia perlu mempunyai sambungan internet kerana penyediaannya banyak dirangkaikan ke web-web yang berkaitan untuk menambah maklumat kepada pelajar. Namun, itu tudak menjadi masalah dengan terdapatnya pelbagai internet jalur lebar yang mudah dibawa kemana-mana dan murah. Oleh itu, perisian ini sangat sesuai digunakan oleh saya ketika mengajar nanti tidak kira di mana sahaja saya akan mengajar.

Dalam kos ini, kami telah ditugaskan untuk membuat rancangan pengajaran berdasarkan masalah (PBL). Kami telah memilih topik Ransangan dan Gerak Balas pada Tumbuhan memandangkan tajuk tersebut merupakan tajuk yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar. Dalam proses membina rancangan pengajaran ini, medium untuk membina instrumen pengajaran yang dipilih adalah aplikasi Lecture Maker memandangkan aplikasi ini senang digunakan dan sangat interaktif. Lecture Maker menyediakan pelbagai bentuk kemudahan seperti hyperlink, gaya persembahan dan sebagainya.

Sebagai seorang guru, selain daripada mempunyai kemahiran dalam mengendalikan Lecture Maker seharusnya mempunyai daya kreatif yang tinggi supaya media pembelajaran yang dihasilkan dapat menarik minat dan focus pelajar. Tahap penerimaan pelajar boleh terus diuji kerana perisian ini menyediakan aplikasi untuk menyediakan soalan sebagai kuiz pendek secara objektif mahupun subjektif. Kelebihan ini dapat membantu guru mengajar dengan lebih berkesan. Selain itu, instrumen pengajaran yang dibina disertakan dengan video-video dan gambar-gambar yang berkaitan dengan topic.

Penggunaan Lecture Maker boleh digunakan untuk menaik taraf gaya pengajaran dan pembelajaran daripada kaedah tradisional kepada kaedah yang lebih moden. Saya berharap agar saya mampu menggunakan aplikasi Lecture Maker ini dalam pengajaran saya di sekolah kelak dengan harapan para pelajar dapat mengambil input semaksima yang mungkin melaluinya.

Total Pageviews

KamilahMNR. Powered by Blogger.