REFLEKSI PENGGUNAAN PICASA


 Disediakan oleh: Kamilah Mohammad Noor


PICASA adalah satu campuran nama Sepanyol seorang pelukis, Pablo Picasso. Frasa ‘mi casa’ membawa maksud rumah saya dan ‘pic’ untuk gambar (seni peribadi). Picasa Web Albums (PWA) merupakan laman wen perkongsian foto dari Google.Ia membolehkan pengguna dengan akaun di Google untuk menyimpan dan berkongsi 1 GB gambar secara percuma. Pengguna-pengguna boleh memuat naik gambar melalui pelbagai cara, melalui antara muka web PWA pada penyemak imbas yang disokong, Picasa 2.5.0 atau pada Microsoft Windows, dengan menggunakan Pengeksport untuk iPhoto, Aperture kepada Picasa Web Albums plug-in, Uploader pada Mac OS X , F-Spot di Linux atau melalui WAManager di Amiga-seperti OS MorPhos. Dalam kedua-dua akaun yang dibayar dan bebas, resolusi sebenar sesuatu gambar dikekalkan (walaupun gambar resolusi yang lebih kecil mungkin dipaparkan oleh laman web).

Picasa merupakan salah satu perisian yang digunakan untuk menyunting gambar. Penggunaan perisian ini adalah ringkas dan mudah jika dibandingkan dengan meggunakan adobe photoshop tetapi tidak kurang hebatnya selain mudah difahami cara penggunaannya. Melalui picasa, kerja-kerja mengedit gambar adalah lebih mudah dan hasilnya adalah sangat memuaskan. Selain itu, slideshow juga dapat dihasilkan melaui gambar-gambar yang dilampirkan bagi pembentangan hasil kerja yang lebih menarik di samping dapat menarik perhatian penonton. 

Pada asasnya, memuat turun perisian Picasa dalam komputer peribadi adalah sangat berguna. Program akan mengesan gambar dan grafik dalam pengkalan data dan album photo boleh dibuat hanya dengan mengheret mereka ke dalam kotak. Picasa merupakan salah satu perisian yang digunakan untuk menyunting gambar. Penggunaan perisian ini adalah ringkas dan mudah jika dibandingkan dengan meggunakan adobe photoshop tetapi tidak kurang hebatnya selain mudah difahami cara penggunaannya.

Beberapa kapsyen boleh ditambah untuk menjadikannya lebih menarik. Gambar hanya diedit dengan menggunakan beberapa butang dan imej yang terhasil seakan disunting oleh jurugambar profesional. Inilah yang berlaku dan menunjukkan kehebatan Picasa. Gambar yang sudah tersedia di dalam folder di dalam komputer peribadi diheret dengan mudah mewujudkan album dengan Picasa 3. Pembuangan red eye adalah salah satu ciri yang menarik. Selain daripada itu, nada kejelasan yang tidak sekata pada kulit dapat diedit supaya tidak ketara. Pengeditan boleh menggunakan teknik kolaj untuk randomise selain menunjukkan kekreatifan dan kemahiran dalam menyusun atur.

Ia jauh lebih menarik berbanding power point dan penggunaannya juga lebih mudah jika dibandingkan dengan moviemaker atau power director. Namun, kesannya tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan dua perisian tersebut. Bagi penggunaannya dalam e-portfolio, gambar boleh dimuat naik dalam bentuk slideshow. Jumlah gambar yang boleh dimuatkan tidak terhad dan menjimatkan ruang di dalam e-portfolio bagi menempatkan jumlah gambar yang banyak. Perisian picasa ini adalah satu perisian yang sangat menarik dan boleh juga dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun bilik kuliah. Selain itu, perisian ini juga boleh dimuat turun secara percuma di dalam internet dan sesuai lagi mudah digunakan oleh semua lapisan masyarakat. 

Untuk tugasan ini, ia amat berguna di dalam penyediaan slide untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar. Dalam kos ini, saya telah memilih tajuk Projek Penyediaan Alat Pengeraman Telur Angsa. Langkah-langkah penyediaan alat tersebut dapat dilihat dengan jelas dengan penyediaan slide yang dimuatkan ke dalam time line dan dijadikan sebagai video. Bahagian- bahagian yang terlibat juga dinyatakan dengan jelas dengan menggunakan kapsyen pada gambar. Saya benar-benar teruja dalam pengeditan gambar yang amat menarik perhatian dan sangat mudah. Picasa mampu memperindahkan lagi gambar yang sedia ada serta menonjolkan lagi bahagian-bahagian penting dalam gambar yang ingin di ketengahkan. Ia juga menjadikan kerja memuatnaik gambar ke dalam laman web dengan lebih mudah dan cepat.

Apa yang istimewa tentang ia, Picasa tidak akan memadam gambar-gambar kami atau meletakkannya dalam talian tanpa kebenaran kami. Saya juga boleh mengedit gambar saya dan menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan berharga. Di samping itu, saya boleh membuat filem saya sendiri, termasuk apa-apa muzik saya ingin ke dalam filem saya, dan membuat kolaj yang indah. Picasa telah memberikan saya peluang untuk mengisi masa lapang saya selain mengajar saya lebih mensyukuri kemahiran yang dikurniakan.

Selepas belajar tentang Picasa dan kamera digital dan penglibatannya, saya merasakan kedua-dua item tersebut adalah sesuai untuk dibawa ke kelas kerana item ini boleh menarik minat pelajar untuk berfikir secara lebih realistik tentang sesuatu pelajaran berkaitan alam sekitar contohnya. Saya bercadang untuk menggunakan picasa ini dalam pengajaran yang memerlukan pelajar untuk memanipulasi gambar-gambar mereka untuk projek-projek mereka apabila saya memerlukan mereka untuk mengambil gambar. Mereka juga boleh menggunakan htmls untuk menghubungkannya dengan rakan-rakan dan guru secara atas talian. Saya tahu saya akan menggunakan program ini di dalam kelas dan juga dalam kehidupan peribadi saya untuk menjadikan setiap memori pada helaian gambar lebih indah.

Jika saya mempunyai peluang, saya akan membuat lebih banyak video yang berkaitan dengan Sains kerana saya merasakan ia amat penting sebagai sumber rujukan dan maklumat kepada pelajar dan pengguna-pengguna lain.

Total Pageviews

KamilahMNR. Powered by Blogger.