REFLEKSI PENGGUNAAN APLIKASI SMART BOARD

Disediakan oleh: Kamilah Mohammad Noor


SMART telah memperkenalkan papan putih SMART Board interaktif yang pertama pada tahun 1991. Papan putih interaktif (Smart Board) merupakan salah satu produk daripada SMART Technologies. Ia mempunyai skrin sentuh terkawal yang bekerja dengan sebuah projektor dan komputer. Projektor berfungsi meletakkan imej pada destop komputer ke atas papan putih interaktif yang bertindak sebagai memantau dan peranti input. pengguna boleh menulis di atas papan putih interaktif dengan dakwat digital atau menggunakan jari. Ia adalah sama seperti mengawal aplikasi computer dengan menunjuk , mengklik dan mengheret dengan menggunakan tetikus. Terdapat juga butang yang digunakan untuk memulakan popup papan kekunci dan menu kanan pada klik tetikus untuk pelbagai pilihan input yang lain.

Komponen-komponen yang berkaitan dihubungkan menerusi kabel USB, atau disambungkan bersiri di antara sebuah projector, computer imej projek dan Smart Board atau disambungkan teris melalui wireless. Smart Board menerima sentuhan input daripada jari, pen atau odjek padu. Setiap hubungan tersebut ditafsirkan oleh Smart Board sebagai klik kiri daripada tetikus. SMART Board  hadir dalam bentuk. Antaranya ialah model  front-projection, rear-projection dan flat-panel display (papan putih interaktif yang sesuai pada plasma atau paparan LCD panel).

Smart Board memberikan banyak faedah kepada para guru daripada banyak segi.  Antara kelebihan menggunakan teknologi interaktif seperti Smart Board termasuklah penetapan gaya pembelajaran yang berbeza. Ia boleh digunakan oleh pelajar yang mempunyai kemahiran motor terhad. Halaman-halaman tertentu boleh disimpan, dicetak, di e-mail atau dimuat naik ke laman web. Tanpa penggunaan Smart Board, guru hanya memberikan nota berbentuk Power Point, perlu meninggalkan sebarang nota berdasarkan komen yang dibuat pada waktu kelas. Saya membayangkan penggunaan Smart Board menjadi popular di sekolah. Pelajar semestinya akan teruja untuk berinteraksi dengan teknologi semasa memahami kandungan pengajaran serta menjawab soalan-soalan yang disediakan.

Pembelajaran melalui Smart Board merupakan sejenis proses pembelajaran yang baru selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang celik ilmu dalam bidang ICT. Smart Board dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif kerana papan putih ini dapat disentuh dan digunakan secara maksima untuk aplikasi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada pengalaman saya dalam kos ini, saya telah diperkenalkan dengan pengajaran baru dan aplikasi pembelajaran, yang dikenali sebagai Interaktif White Board atau dikenali sebagai Smart Board. Walaupun Smart Board merupakan suatu perkataan asing bagi saya pada awalnya namun dengan pendedahan dan penerokaan maklumat yang dilakukan, ia sebenarnya satu aplikasi yang amat menarik dan berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia amat menakjubkan kerana sistem interaktifnya yang amat moden. Disebabkan ciri-ciri Smart Board yang begitu interaktif menyebabkan ia sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sepanjang penggunaan aplikasi Smart Board, saya telah dapati beberapa penggunaannya yang menjadikan ia amat berguna dalam P&P. Penggunaannya termasuklah:  
  • Operasi apa-apa perisian yang dimuatkan ke dalam PC yang disambungkan, termasuk pelatar web dan perisian proprietari.
  • Dengan menggunakan perisian untuk menangkap nota yang ditulis di papan putih atau permukaan papan putih seperti mengawal PC (klik dan seret), markup (annotating program atau persembahan) dan menterjemahkan tulisan sambung kepada teks.
  • Dalam keadaan tertentu, papan putih interaktif boleh disediakan bersepadu dengan Sistem Respons penonton. Pembentang boleh menjalankan pemilihan jawapan terhadap kuiz dan menangkap maklumbalas pada papan putih interaktif.
Dalam kos ini, kami telah belajar tentang apa yang dikatakan sebagain Smart Board interaktif. Kami juga telah mereka bentuk pengajaran berbentuk konstruk yang mengintegrasi Smart Board kedalam P&P yang interaktif. Selain itu, kami telah benbincang kenapa dan bilakah Smart Board seharusnya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami juga begitu menghargai bagaimana Smart Board mampu menjadikan proses P&P yang mampu mewujudkan kerjasama dan amat interaktif. Saya dan ahli kumpulan menyiapkan rancangan pengajaran menggunakan aplikasi Smart Board dalam topik pencernaan makanan. Objektif pembelajaran adalah untuk memahami sistem pencernaan manusia serta organ dan proses yang terlibat. Memandangkan topik ini mempunyai banyak istilah dan proses untuk difahami, ia sesuai diajar secara lebih interaktif. Pembangunan alat bantu mengajar menggunakan aplikasi Smart Board ini diharap mampu memberi kesan positif terhadap pemahaman pelajar kerana ia mampu menarik minat pelajar dengan gambaran yang lebih realistik. 
  
Saya memikirkan penggunaan Smart Board ini amat penting di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi kerana ia amat membantu proses pengajaran. Alat ini juga akan berguna kepada saya apabila memulakan pekerjaan sebagai pendidik kelak. Saya percaya pengajaran saya akan lebih menarik dengan mengintegrasi ICT ke dalam metodologi pengajaran saya. Penggunaan Smart Board ini bukan hanya melibatkan pengajar menyampaikan sesuatu, tetapi ia lebih kepada pengajar dan pelajar saling berinteraksi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berharga. Tambahan pula dalam subjek biologi yang mengandungi banyak intipati kompleks yang memerlukan penghuraian ke dalam bentuk yang lebih mudah dan senang difahami. Saya memikirkan Smart Board mampu memberikan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Ia membolehkan guru atau pengajar memberikan maklumat dalam cara berbeza dan idealistik serta memupuk pelajar berfikir di luar kotak. Saya dapati, apabila mewujudkan pengajaran menggunakan papan putih interaktif ini, saya dapat untuk membina permainan dan aktiviti kepada pelajar dan mampu menimbulkan keadaan bilik darjah yang seronok seterusnya meningkatkan keinginan mereka untuk belajar. Ini merupakan cara terbaik untuk menumpukan fokus pelajar.

Walaupun terdapat banyak kebaikan yang dapat diambil daripada penggunaan aplikasi Smart Board, masih terdapat beberapa kekangan dalam penggunaannya. Antara kekangan dalam penggunaan Smart Board adalah tidak cukup fasih dengan menggunakan aplikasi ini kerana penggunaannya masih tidak meluas terutamanya di Malaysia. Produk ini adalah agak mahal dan ia merupakan suatu produk yang diimport. Penggunaannya dalam bidang pendidikan adalah terhad pada masa sekarang kerana tidak semua sekolah mempunyai Smart Board walaupun ada di kalangan guru yang mahir menggunakannya. Walaupun ianya sangat menarik dan berguna, aplikasi ini masih tidak mampu dilaksanakan secara menyeluruh. Saya berharap agar Smart Board ini digunakan secara meluas di setiap sekolah di Malaysia secepat mungkin tanpa mengira tempat, bangsa, keturukan pelajar. Diharap pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sewajarnya berikutan ia sangat berguna kepada pelajar.


Total Pageviews

KamilahMNR. Powered by Blogger.