FALSAFAH PENDIDIKAN SAYA

Falsafah saya bagi pengajaran Biologi adalah mudah dan ringkas. Saya percaya bahawa semua pelajar perlu belajar dengan cara yang berbeza mengikut tahap penerimaan setiap individu. Seorang guru yang berkesan perlu mengajar menggunakan semua pancaindera sebagai alat pembelajaran.

Pertama sekali, fungsi sebuah bilik darjah perlu sentiasa dalam keadaan kondusif di mana semua pelajar berasa selesa bertanya soalan dan terlibat dalam perbincangan. Saya percaya Biologi memerlukan pendekatan berbeza dan lebih terkesan diajar melalui teknik penerokaan. Saya merasakan bahawa adalah amat penting bagi setiap individu mempunyai banyak peluang terlibat dalam penggunaan pelbagai media untuk meneroka konsep-konsep Sains dan aplikasi Biologi termasuklah buku-buku, laman web, kerja lapangan, dan hands on eksperimen. Ini bermakna kaedah pengajaran menggunakan kaedah visual, auditori, dan hands on adalah amat bersesuaian bagi mencapai matlamat falsafah pengajaran saya.

Namun begitu, peranan setiap pelajar adalah bertanggungjawab untuk menikmati keseronokan dalam persekitaran pembelajaran mereka dan mempunyai keupayaan untuk memahami apa yang diajar. Apabila saya mengambil kelas Biologi di sekolah menengah, saya hanya dijangka menghafal sekumpulan terma-terma dan konsep-konsep sains yang jarang difahami. Saya mahu meningkatkan pengalaman pembelajaran bagi orang lain supaya mereka tidak melalui apa yang saya lakukan. Sains boleh dan seharusnya menyeronokkan untuk belajar dan ia adalah untuk semua orang, bukan sahaja pelajar-pelajar berbakat.

Salah satu cara bagi saya untuk mencapai matlamat ini adalah untuk mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah. Saya mendapati IT menjadi alat yang sangat berguna untuk meningkatkan pengajaran dan mencipta animasi kepada pelajar untuk melihat molekul, DNA, enzim, mekanisme tindak balas, dan lain-lain dengan lebih baik selain cara tradisional yang diamalkan. Matlamat utama saya adalah untuk mempunyai sebuah bilik darjah yang selamat dan interaktif. Saya lebih menggemarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpaksikan kepada kerja kumpulan, aktiviti makmal dan demonstrasi menarik. Paling penting, saya percaya bahawa pengajaran biologi mampu membimbing pelajar untuk mengetahui sebab-sebab di sebalik konsep sains dan bagaimana ia digunapakai dalam situasi kehidupan sebenar.

Saya juga sentiasa meningkatkan kemahiran mengajar untuk membantu pelajar. Memandangkan setiap individu pelajar adalah berbeza tidak kira dari segi pencapaian, kemampuan, nilai budaya, agama dan sebagainya, saya perlu lebih bersedia dan berusaha memberi tumpuan yang sama rata terhadap pelajar kerana mereka mempunyai tahap penerimaan yang berbeza. Saya juga bersedia membantu pelajar mengenal pasti dan memahami keperluan pelajar bagi mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan pembelajaran mereka.

 Saya perlu bekerja lebih keras untuk mencapai pencapaian yang optimum sebagai seorang pendidik. Hormat menghormati antara guru dan pelajar adalah perkara yang ia merupakan salah satu cara memupuk keyakinan di dalam hati setiap individu. Beberapa perkara yang penting yang harus sentiasa menjadi falsafah utama saya kini dan pada masa akan datang adalah sentiasa  mengurus dan merancang isi kandungan pengajaran dan pembelajaran, memperbaiki penilaian, dan meningkatkan kemahiran pengurusan masa.


Total Pageviews

KamilahMNR. Powered by Blogger.